Lelaki disyaki elak pemeriksaan polis ditemukan maut

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Kampung Gong Maksom di Kampung Raja, Jertih pada Khamis. - FOTO: Polis
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Kampung Gong Maksom di Kampung Raja, Jertih pada Khamis. - FOTO: Polis
A
A
A

JERTIH - Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang dipercayai mengelak daripada pemeriksaan polis di sini pada Rabu ditemukan maut di Sungai Kampung Gong Maksom di Kampung Raja pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mayat mangsa yang telah dikenal pasti identitinya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar 11.30 pagi, kira-kira 250 meter dari lokasi terakhir lelaki tersebut dilihat. 

 Beliau berkata, dalam kejadian jam 5.45 petang pada Rabu, pihak polis sedang menjalankan pemeriksaan berkaitan kes dadah di kawasan berhampiran sungai tersebut. 

"Lelaki ini dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. 

Mohd Rozaime berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk proses bedah siasat. 

Sementara itu, beliau berkata pemeriksaan lanjut di sebuah bangsal kayu berhampiran lokasi kejadian turut menemukan sejumlah pil disyaki dadah. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!