Datametrics perkasa jaringan komuniti pelaburan menerusi kejohanan pickleball

Dari kiri: Sheryl Chow (DARE); Pankaj Kumar (DARE), Eric Chong (Apex Securities Bhd), Toh Jen Shen (Apex Securities Bhd), Suzanne Ong, GUtC (The Tapping Tapir), Ivan Lee, GUtC (The Tapping Tapir), Pua Tze Han (Baker Tilly Malaysia), Samuel Lau Lik Siong (Baker Tilly Malaysia) dan Dexter Lee (DARE).
Dari kiri: Sheryl Chow (DARE); Pankaj Kumar (DARE), Eric Chong (Apex Securities Bhd), Toh Jen Shen (Apex Securities Bhd), Suzanne Ong, GUtC (The Tapping Tapir), Ivan Lee, GUtC (The Tapping Tapir), Pua Tze Han (Baker Tilly Malaysia), Samuel Lau Lik Siong (Baker Tilly Malaysia) dan Dexter Lee (DARE).
A
A
A

DATAMETRICS Research and Information Centre (DARE) menganjurkan kejohanan pickleball sulungnya sebagai platform menggalakkan gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan dalam kalangan pemain industri pasaran modal Malaysia.

Kejohanan yang menghimpunkan lebih 50 peserta dan penyokong itu menyaksikan 16 pasukan beregu kategori terbuka bersaing merebut kejuaraan.

Peserta terdiri daripada pelbagai segmen ekosistem pasaran modal termasuk bank pelaburan, pengamal kewangan korporat, pengurus dana, peguam, penaja serta pemegang taruh industri lain.

GUtC yang diwakili Ivan Lee dan Suzanne Ong muncul juara, manakala Apex Securities Bhd menerusi Eric Chong dan Toh Jen Shen menduduki tempat kedua.

Baker Tilly Malaysia yang diwakili Pua Tze Han dan Samuel Lau Lik Siong pula meraih tempat ketiga.

Pengarah Urusan DARE, Pankaj Kumar berkata, penganjuran kejohanan itu mencerminkan usaha organisasi berkenaan mendekati komuniti pelaburan di luar persekitaran profesional dan perniagaan.

“Industri pelaburan dan pasaran modal merupakan bidang yang mencabar, dengan para profesional sering bekerja untuk tempoh panjang serta berdepan tekanan tinggi.

“Menerusi kejohanan ini, kami mahu menggalakkan rakan-rakan dalam industri supaya menjadikan kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan diri sebagai keutamaan yang sama penting,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Gambar berkumpulan peserta dan tetamu pada Kejohanan Pickleball DARE 2026.
Gambar berkumpulan peserta dan tetamu pada Kejohanan Pickleball DARE 2026.

Menurutnya, pickleball dipilih kerana sukan berkenaan mudah disertai, bersifat sosial dan kompetitif, selain membuka ruang kepada individu daripada pelbagai segmen komuniti pelaburan untuk berinteraksi dalam suasana lebih santai.

Katanya, hubungan dalam komuniti pelaburan bukan hanya dibina menerusi maklumat, penyelidikan dan interaksi profesional, tetapi turut memerlukan hubungan bermakna antara individu yang membentuk industri berkenaan.

“Kami berharap kejohanan sulung ini menjadi permulaan kepada sesuatu yang boleh kami kembangkan pada tahun-tahun akan datang, dengan menghimpunkan lebih ramai anggota komuniti pasaran modal sambil terus menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat,” katanya.

Kejohanan itu ditaja CTH Unlimited, jenama sukan dan pakaian aktif di bawah Cheetah; Dinky, jenama gaya hidup pickleball serta GUtC, jenama minuman prebiotik keluaran The Tapping Tapir.

Acara berkenaan turut mendapat sokongan Acendus Communications Sdn Bhd dan Esente Advisory Sdn Bhd.

Para pemenang menerima trofi, beg pickleball Dinky serta baucar tunai dengan keseluruhan hadiah bernilai RM5,000.

DARE merupakan syarikat penyelesaian prospektus bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kepada komuniti pelaburan dan perniagaan menerusi penyelidikan, maklumat, penglibatan industri serta inisiatif berfokuskan pemegang taruh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!