Permohonan sambung reman Inspektor merogol

EZANEE
EZANEE
A
A
A

PETALING JAYA – Polis memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh tahanan reman seorang inspektor yang disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faizal berkata, permohonan itu sudah dibuat pagi tadi.

“Siasatan masih berjalan dan kertas siasatan dan 40 peratus siap,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rondaan Aberdeen PDRM dan ATM di kawasan SS2 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kertas siasatan kes rogol wanita Mongolia

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dua kertas siasatan dibuat secara berasingan iaitu Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Atipsom).

Dalam kejadian Sabtu lalu, kedua-dua mangsa berusia 20 dan 37 tahun dikurung di dalam sebuah bilik hotel selepas ditahan ketika sekatan jalan raya.

Polis menerima maklumat pada jam 9.30 malam, sebelum satu operasi menyelamat dilakukan dan berjaya menyelamatkan kedua-dua wanita berkenaan.

Hasil daripada siasatan dan keterangan yang diambil dari kedua-dua mangsa, seorang pegawai polis ditahan pada hari sama dan direman lima hari bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: