Ronaldo, Georgina Rodriguez ikat tali perkahwinan

Ronaldo mengahwini Georgina Rodriguez dalam satu upacara perkahwinan sivil di Portugal. Foto IG Ronaldo
Ronaldo mengahwini Georgina Rodriguez dalam satu upacara perkahwinan sivil di Portugal. Foto IG Ronaldo
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo mengahwini Georgina Rodriguez, dalam satu upacara perkahwinan sivil di Portugal, lapor PA Media/dpa.

Pasangan itu yang bersama sejak 2016 selepas berkenalan di Madrid, memuat naik gambar di Instagram sambil mempamerkan cincin perkahwinan mereka.

Ronaldo, 41, melangsungkan perkahwinan hanya empat hari sebelum kelabnya, Al Nassr, memulakan saingan Liga Pro Saudi musim 2026-27.

Pasangan itu berkahwin di Cascais, sebuah bandar peranginan pesisir pantai di barat ibu negara Portugal, Lisbon, dengan upacara berkenaan turut dihadiri lima anak mereka.

Ronaldo menjaringkan hampir 1,000 gol sepanjang kariernya bersama Sporting, Manchester United, Real Madrid, Juventus, Al Nassr dan skuad kebangsaan Portugal.

Beliau baru-baru ini beraksi dalam Piala Dunia keenamnya, berkongsi rekod dengan bintang Argentina Lionel Messi bagi jumlah penampilan terbanyak dalam kejohanan Piala Dunia lelaki. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!