MPKK cipta rekod MBR, tanam 700 pokok dalam satu minit

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Datuk Elmi Yusoff menanam pokok Tekoma bersama kakitangan MPKK pada Program Jom Tanam:"1 Warga MPKK 1 Pokok" di Kulim Hi-Tech Park hari ini. Foto Bernama

A
A
A

KULIM - Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila berjaya menanam sebanyak 700 pokok Tabebuia Pentaphylla atau Tekoma dalam masa satu minit.

Penanaman pokok itu membabitkan 480 peserta termasuk warga MPKK, ahli majlis serta rakan strategik MPKK, bersempena dengan Program Jom Tanam Pokok: '1 Warga MPKK 1 Pokok' di kawasan lapang Kulim Hi-Tech Fasa 4A, dekat sini pagi tadi.

Sijil pengiktirafan MBR diserahkan oleh Pegawai Rasmi MBR Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Yang Dipertua MPKK Datuk Elmi Yusoff, selepas program penanaman selesai. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!