AKAR 2026 perkasa pendidikan, kreativiti 482 murid Pulau Pinang

A
A
A

Norliza (empat dari kiri) bersama ibu bapa dan murid Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor sempena Siri Jelajah AKAR 2026.
Norliza (empat dari kiri) bersama ibu bapa dan murid Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor sempena Siri Jelajah AKAR 2026.

TASEK GELUGOR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan sumbangan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) berjumlah RM48,200 kepada 482 murid di Pulau Pinang.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, sumbangan disampaikan melalui program Jelajah Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 bertujuan memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan menerusi kerjasama strategik pelbagai pihak.

Norliza (tengah) diiringi Norman (tiga dari kanan) dan Ahmad Dasuki (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah pemenang tempat pertama pertandingan mewarna dalam Siri Jelajah AKAR 2026 di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi.

Menurutnya, lima buah sekolah terpilih membabitkan 482 murid keseluruhan di negeri itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Mahat, SK Pengkalan Jaya, SK Tasek Gelugor, SK Lahar Yooi dan SK Sungai Gelugor bermula 6 hingga 8 Ogos.

"Setiap murid menerima RM100 dalam bentuk akaun Simpan SSPN sebagai galakan memulakan amalan menabung dan persediaan awal kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Norliza (dua dari kanan) bersama ibu bapa dan murid Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor sempena Siri Jelajah AKAR 2026.
Norliza (dua dari kanan) bersama ibu bapa dan murid Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor sempena Siri Jelajah AKAR 2026.

"Ia menjadi platform strategik dalam mencungkil bakat dan kreativiti murid, memperkukuh literasi kewangan serta membudayakan amalan menabung sejak usia muda melalui akaun Simpan SSPN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Siri Jelajah AKAR 2026 di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi di sini pada Sabtu.

Hadir sama Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.

Norliza (empat dari kiri) diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, Rohayu Ali Musa (lima dari kanan) bersama peserta pertandingan mewarna.
Norliza (empat dari kiri) diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, Rohayu Ali Musa (lima dari kanan) bersama peserta pertandingan mewarna.

Menurut Norliza, PTPTN turut menyampaikan hadiah pertandingan mewarna sempena bulan kebangsaan yang dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime bagi setiap pemenang.

Sementara itu, Norman berkata Program AKAR 2026 dilaksanakan Yayasan KRU dengan kerjasama PTPTN, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bertujuan mengasah bakat dan kreativiti generasi muda seiring perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

"Insya-ALLAH tahun hadapan, kita akan laksanakan AKAR 2027 dengan menawarkan pertandingan menghasilkan lagu, penerbitan video, filem pendek, animasi dan sebagainya.

Norliza (enam dari kiri) bersama penerima sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Norliza (enam dari kiri) bersama penerima sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

"Walaupun penggunaan AI boleh memerlukan kreativiti, jadi pertandingan AKAR ini adalah asas untuk mencari bakat baru," katanya.

Difahamkan, Jelajah AKAR 2026 merupakan inisiatif berskala nasional bermula 13 Julai hingga 25 September 2026 melibatkan 40 sekolah seluruh negara.

Terdahulu, siri jelajah tersebut telah diadakan di Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Pahang, Perlis dan Kedah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!