Lelaki Rohingya tular pandu pikap tiada lesen

Lelaki Rohingya yang membawa pikap tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL), manakala kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandunya mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang masih sah. FOTO: JPJ KEDAH

A
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki etnik Rohingya yang tular selepas memandu sebuah pikap baru-baru ini ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah dalam Operasi Pemandu Warganegara Asing (PEWA) di Jalan Timur 1 di sini pada Selasa.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak projek itu ditahan kira-kira jam 8.07 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL), manakala kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandunya mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang masih sah.

“Siasatan mendapati pikap tersebut digunakan sejak Mei lalu dan merupakan milik sebuah syarikat yang didakwa diberikan kepada lelaki itu untuk kegunaan kerja harian,” katanya pada Selasa.

Dua lelaki Rohingya yang menaiki sebuah motosikal cuba meloloskan diri ketika pemeriksaan JPJ dijalankan di Kilometer 171, Jalan Serdang-Selama, Kulim pada Isnin. FOTO: JPJ KEDAH
Dua lelaki Rohingya yang menaiki sebuah motosikal cuba meloloskan diri ketika pemeriksaan JPJ dijalankan di Kilometer 171, Jalan Serdang-Selama, Kulim pada Isnin. FOTO: JPJ KEDAH

Dalam kes berasingan, dua lelaki etnik sama yang menaiki sebuah motosikal cuba meloloskan diri ketika pemeriksaan JPJ dijalankan di Kilometer 171, Jalan Serdang-Selama, Kulim pada Isnin.

Stien berkata, kedua-dua mereka yang dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kebun kelapa sawit bertindak memecut melalui laluan sempit sejauh kira-kira lima kilometer tanpa mengendahkan arahan penguat kuasa.

“Mereka akhirnya berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan mendapati penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu, manakala LKM serta perlindungan insurans motosikal berkenaan juga telah tamat tempoh,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!