Remaja tipu remaja kes jual topeng muka

Tertuduh ketika tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Pilah.
Tertuduh ketika tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Pilah.
A
A
A

KUALA PILAH- Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang lagi remaja sebayanya berhubung penjualan topeng muka secara dalam talian menerusi Instagram, bulan lalu.

Remaja perempuan itu didakwa menerima wang RM80 daripada mangsa yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank miliknya di mana wang tersebut adalah hasil penipuan urusan pembelian topeng muka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di JKR 1563 A, Berek Polis Jalan Bahau, Kuala Pilah, pada 23 Mac lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1995 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 2 Jun depan untuk laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dikemukakan kepada mahkamah dan membenarkan remaja itu diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman di hadapan Hakim, Nariman Badruddin.

Artikel Berkaitan: