X

Kindly register in order to view this article
!

Malindo Air gantung tugas kru kabin terlibat sindiket dadah antarabangsa

Dadah yang berjaya dirampas oleh AFP, Pasukan Sempadan Australia dan Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia awal bulan lalu.
A
A

SEPANG - Syarikat penerbangan, Malindo Air telah menggantung tugas seorang kru kabin yang ditangkap oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne pada 7 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam sindiket dadah antarabangsa.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, sehingga kini syarikat tersebut masih belum menerima sebarang maklumat daripada kakitangan tersebut ataupun pihak AFP berhubung penangkapan itu namun telah berhubung dengan Pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia dan Malaysia bagi membantu siasatan mengenai perkara ini dan krew kabin ini juga telah digantung tugas serta-merta dan jika di dapati bersalah akan dipecat.

“Sebagai syarikat pengangkutan udara antarabangsa yang bertanggungjawab, Malindo Air tidak mengizinkan sebarang tindakan yang bersifat jenayah atau salah laku oleh kakitangan kami.

“Semua kru penerbangan dan kabin kami telah dilatih dengan secukupnya dan dinilai secara berterusan dalam semua aspek kelakuan mereka untuk mematuhi piawaian operasi kami yang ketat,” katanya di sini hari ini.

Agensi berita ABC melaporkan, AFP dan polis Victoria berjaya menumpaskan sindiket dadah menggunakan kru kabin susulan penahanan lapan termasuk dua wanita dalam tempoh 10 hari.

Pihak polis menerusi operasi ‘Sunrise’ yang melibatkan AFP, Pasukan Sempadan Australia dan Suruhanjaya Perisikan Jenayah Australia itu turut merampas dadah jenis heroin, methamphetamine dan kokain yang dianggar bernilai AUD21 juta (RM62 juta) yang dianggar bernilai AUD21 juta (RM62 juta).

Pasukan penyiasat mendakwa sindiket tersebut menggunakan kru kabin Malindo Air yang berpangkalan di Malaysia untuk menyeludup dadah ke negara ini dengan membawa masuk dari Melbourne dan Sydney.

Jurucakap Polis Victoria, Komander Tess Walsh berkata, operasi selama lima bulan tersebut menyasarkan sindiket jenayah terancang Vietnam yang berpengkalan di Melbourne dan hasil risikan mendapati kru kabin tersebut menjalankan kegiatan tersebut lebih lima tahun.

Dalam pada itu, Malindo Air berkata, berdasarkan siasatan dalaman yang dilakukan oleh syarikat tersebut, mereka yakin bahawa penangkapan itu merupakan insiden terpencil yang hanya dilakukan oleh kru kabin itu dan tidak melibatkan kakitangan yang lain.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!