MRCB, TECO bangun pusat data modular sedia AI

Dari kanan: Ketua Perniagaan Pusat Data, Kumpulan TECO, Stanley Liu; Presiden Kumpulan Perniagaan Kuasa & Tenaga, Kumpulan TECO, David Kuo; Ketua Pegawai Eksekutif MRCB Builders, Patrick Hwang; Ketua Pegawai Komersial MRCB, Amarjit Chhina dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MRCB, Ann Wan Tee pada majlis menandatangani MoU antara MRCB dan TECO.
Dari kanan: Ketua Perniagaan Pusat Data, Kumpulan TECO, Stanley Liu; Presiden Kumpulan Perniagaan Kuasa & Tenaga, Kumpulan TECO, David Kuo; Ketua Pegawai Eksekutif MRCB Builders, Patrick Hwang; Ketua Pegawai Komersial MRCB, Amarjit Chhina dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MRCB, Ann Wan Tee pada majlis menandatangani MoU antara MRCB dan TECO.
A
A
A

MALAYSIAN Resources Corporation Berhad (MRCB) dan TECO Electric & Machinery Co. Ltd. (TECO) yang berpangkalan di Taiwan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama strategik pembangunan, pelaksanaan dan pengesahan operasi Pusat Data Modular (MDC) sedia AI generasi akan datang, direka untuk menyokong platform rak kabinet berpenyejukan udara dan cecair.

MDC tersebut akan berfungsi sebagai tapak ujian bagi menunjukkan daya maju teknikal dan komersial teknologi modular TECO untuk membangunkan pusat data sekali gus membuka laluan kepada pembangunan pusat data yang sama di seluruh bank tanah MRCB pada masa hadapan.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Datuk Imran Salim berkata, kerjasama dengan kepakaran TECO dalam menyediakan penyelesaian bersepadu cekap tenaga merupakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi kepelbagaian MRCB ke dalam infrastruktur digital berprestasi tinggi.

“Dengan mengembangkan hasrat yang telah diumumkan sebelum ini untuk membangunkan kemudahan sedia AI berkapasiti 65 MW yang direka untuk beban kerja perusahaan berskala besar, pembangunan pusat data modular ini menunjukkan kepelbagaian dan keupayaan kami untuk meningkatkan penggunaan bank tanah kami,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, dengan mengintegrasikan teknologi modular khusus TECO bersama kepakaran MRCB dalam pembangunan induk dan kejuruteraan, syarikat itu memperluaskan keupayaannya untuk memenuhi permintaan pasaran yang pelbagai.

“Selain mewujudkan tapak awal dalam sektor pusat data modular, projek ini menyokong matlamat kami untuk menjana pendapatan berulang jangka panjang dan membuka nilai maksimum daripada bank tanah kami,” katanya.

Menurut MoU berkenaan, MRCB, sebagai pemilik tanah, akan memajak lot tanah yang sesuai dengan peruntukan bekalan kuasa sedia ada bagi menyokong pelaksanaan dan operasi MDC, selain menguruskan semua permohonan kepada pihak berkuasa tempatan serta kelulusan kawal selia.

Kedua-dua pihak turut akan meneroka peluang bagi pelaksanaan MDC melalui model penyampaian Reka Bentuk & Bina (Design & Build).

Sementara itu, TECO akan menerajui pelaksanaan teknikal projek dengan membekalkan teknologi pusat data modular termaju, penyelesaian kejuruteraan khusus serta pengurusan operasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!