Pelajar baharu IPTA dijangka masuk Julai atau Ogos ini

Sidang media oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin yang dilaporkan Sinar Harian semalam.
Sidang media oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin yang dilaporkan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan menduduki peperiksaan itu pada suku pertama tahun depan akan memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada sesi akademik 2021/2022.

KPT dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, bagi program asasi dan diploma termasuk matrikulasi, pelajar dijangka memasukinya pada Julai atau Ogos 2021, manakala bagi program ijazah pada Oktober 2021.

“KPT ingin memaklumkan bahawa proses kemasukan pelajar ke IPTA bagi tahun ini iaitu bagi sesi 2020/2021 akan diteruskan seperti biasa. Permohonan masih dibuka sehingga 17 April 2020 melalui sistem UPUOnline.

“Penawaran dijangka dibuat pada 3 Jun 2020 untuk calon lulusan SPM dan 18 Ogos 2020 bagi calon lulusan STPM dan setaraf,” kata kenyataan itu.

Selain itu, KPT menjangka IPTA akan menerima kemasukan pelajar baharu tahun ini ke program asasi dan diploma termasuk matrikulasi pada Julai atau Ogos 2020 dan program sarjana muda pada Oktober 2020.

Semalam, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan kerana penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: