Buka Selat Hormuz: Iran kemuka syarat

Aliran trafik di laluan maritim terpenting itu terus terjejas sejak lebih lima bulan lalu.
Aliran trafik di laluan maritim terpenting itu terus terjejas sejak lebih lima bulan lalu.
A
A
A

TEHERAN - Iran pada Sabtu menetapkan senarai syarat bagi membuka semula Selat Hormuz termasuk tuntutan pampasan atas kerosakan akibat perang yang semestinya akan ditolak Amerika Syarikat (AS), sekali gus menyukarkan usaha mencapai persetujuan untuk membuka laluan perairan yang penting kepada ekonomi dunia itu.

Serangan berterusan di laluan strategik itu turut menyebabkan gangguan kepada rantaian global sejak lebih lima bulan lalu.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, perbincangan dengan Oman mengenai urusan transit dan pengurusan Selat Hormuz kini 'menghampiri fasa akhir'.

Rundingan sejak beberapa hari lalu memberi tumpuan kepada kemungkinan perjanjian antara kedua-dua negara bagi mewujudkan laluan baharu melalui selat berkenaan yang akan dikendalikan secara bersama.

Pembukaan semula laluan maritim penting itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat lain dan tuntutan ganti rugi berhubung pelanggaran memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai pada Jun lalu.

Ketua keselamatan Iran, Mohammad Bagher Zolghadr turut mengemukakan beberapa tuntutan bagi mengembalikan semula operasi di Selat Hormuz.

Antara syarat utama adalah menghentikan perang dan pencerobohan terhadap Teheran dan proksi mereka di Lubnan, Palestin, Yemen dan Iraq.

Beliau juga menuntut penamatan sekatan laut, penghapusan sekatan ekonomi, pembebasan aset Iran yang dibekukan dan pampasan atas kerosakan akibat konflik tersebut.

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan pembukaan semula Selat Hormuz tiada kaitan dengan rundingan antara Teheran dan Muscat.

Artikel Berkaitan:

"Musuh akhirnya terpaksa menerima syarat Iran bagi memulihkan pelayaran di laluan berkenaan," menurutnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!