NIMS angkat perisa teh tarik, onde-onde, sirap bandung ke pasaran dunia

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Mansor Shah Wahid (tengah) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Nims Adeliciousz Sdn Bhd, Tengku Norhanim Tengku Othman (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi NIMS Group Sdn. Bhd, Faiz Hussamuddin pada Majlis Pelancaran Produk Baharu NIMS di IDCC Shah Alam pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM - NIMS International Group Sdn Bhd (NIMS) kini memperkenalkan cita rasa popular rakyat Malaysia dalam bentuk baharu menerusi koleksi NIMS Chocotub® - Taste of Malaysia: Malaysia's Favourite Flavours.

Koleksi berkenaan menampilkan tiga perisa iaitu Teh Tarik Crunch, Onde Onde Crunch dan Sirap Bandung Laici Crunch, yang diinspirasikan daripada cita rasa tempatan serta elemen budaya dan nostalgia masyarakat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif NIMS, Tengku Norhanim Tengku Othman berkata, koleksi itu dibangunkan sebagai penghormatan kepada cita rasa yang dekat di hati rakyat dan mempunyai potensi untuk diketengahkan di pasaran global.

Tengku Norhanim Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tengku Norhanim Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Melalui NIMS Chocotub® - Taste of Malaysia, kami mahu membawa keunikan rasa Malaysia kepada pengguna global.

"Setiap perisa mengangkat budaya dan nostalgia yang dekat di hati rakyat, sekali gus memperlihatkan potensi produk tempatan untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Usahawan) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Mansor Shah Wahid di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Majlis pelancaran NIMS Crispy Chocotub® Taste of Malaysia: Malaysia's Favourite Flavours yang menampil perisa baharu teh tarik, onde-onde, sirap bandung laici berlangsung meriah di IDCC, Shah Alam pada Sabtu. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Tengku Norhanim berkata, NIMS mahu menjadikan makanan sebagai salah satu medium untuk membawa kisah dan identiti Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.

"Kami bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut membawa kisah Malaysia kepada pengguna antarabangsa melalui inovasi makanan bernilai tambah.

"Kami berharap apabila dunia menikmati produk ini, mereka akan mengenali dan merasai keunikan Malaysia melalui setiap produk yang kami hasilkan," katanya.

Menurutnya, NIMS kini sudah mengeksport produknya ke 27 negara, termasuk Thailand, Vietnam dan Indonesia, dengan pasaran ASEAN menjadi antara fokus utama syarikat.

Tengku Norhanim (kanan) bersama Mansor Shah (dua dari kanan) menyaksikan aksi membuat teh tarik yang sinonim dengan cita rasa Malaysia. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tengku Norhanim (kanan) bersama Mansor Shah (dua dari kanan) menyaksikan aksi membuat teh tarik yang sinonim dengan cita rasa Malaysia. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, NIMS telah membuktikan bahawa mereka merupakan kisah kejayaan Malaysia yang lebih besar.

"Apabila NIMS mengangkat rasa teh tarik, onde-onde dan sirap bandung ke dalam produk coklat premium, mereka bukan sekadar menjual coklat, mereka sedang mengeksport budaya Malaysia.

"Inilah bentuk penjenamaan Malaysia yang perlu terus kita angkat dengan memiliki jenamanya sendiri dan akhirnya, memiliki tempat yang tersendiri di rak-rak pasar raya dunia," katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Mansor Shah.

Pada majlis itu turut berlangsung serentak dengan kempen nasional NIMS Beli & Menang 2026 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM150,000.

Hadiah utama berupa Proton eMas antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang NIMS Beli & Menang 2026 Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Hadiah utama berupa Proton eMas antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang NIMS Beli & Menang 2026 Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Kempen berkenaan menawarkan hadiah utama berupa sebuah Proton eMAS, selain pelbagai hadiah lain yang akan diumumkan sepanjang tempoh kempen yang berlangsung selama tiga bulan sehingga 8 November depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!