22 warga Indonesia guna MyKad palsu dipenjara 2 bulan

Antara warga Indonesia yang ditahan dalam operasi JPN di sebuah kilang di Klang pada Khamis. Foto: JPN
Antara warga Indonesia yang ditahan dalam operasi JPN di sebuah kilang di Klang pada Khamis. Foto: JPN
A
A
A

KLANG – Seramai 22 warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu sebagai dokumen pengenalan diri di Mahkamah Majistret Klang di sini pada Jumaat.

Kesemua tertuduh terdiri daripada 21 wanita dan seorang lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun didapati melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, kesemua tertuduh ditahan pada Khamis di sebuah kilang di Pelabuhan Klang menerusi satu operasi bersepadu Op Getah yang dijalankan oleh pihaknya bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor.

"Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan mahkamah, kesemua tertuduh mengaku bersalah.

"Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama dua bulan bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 6 Ogos (Khamis) terhadap kesemua tertuduh," katanya.

Antara warga Indonesia yang ditahan dalam operasi JPN di sebuah kilang di Klang pada Khamis. Foto: JPN
Antara warga Indonesia yang ditahan dalam operasi JPN di sebuah kilang di Klang pada Khamis. Foto: JPN

Prosiding didengar di hadapan Majistret Nor Azilah Mat dan A Khartiyayini.

Tambah JPN, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPN, Md Shahedan Md Taib, Zulkarnain Ahmad dan Mohd Ramzi Adnan, manakala arahan pertuduhan dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya JPN, Sufi Aiman Azmi.

Artikel Berkaitan:

Tegas JPN, tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi membanteras penyalahgunaan dokumen pengenalan diri serta memastikan integriti sistem pendaftaran negara sentiasa terpelihara.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan lebih 70 orang diperiksa membabitkan warga tempatan dan asing dalam Op Getah terbabit yang dilaksanakan bermula jam 3 petang.

Laporan Sinar Harian berkenaan operasi penguatkuasaan JPN di sebuah kilang di Klang pada Khamis.
Laporan Sinar Harian berkenaan operasi penguatkuasaan JPN di sebuah kilang di Klang pada Khamis.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!