Penghuni pusat jagaan warga emas ditemui meninggal dunia

Lelaki berusia 78 tahun itu ditemui tidak bernyawa di laluan pejalan kaki kawasan parkir kenderaan. Gambar kecil: Raiz Mukhliz
Lelaki berusia 78 tahun itu ditemui tidak bernyawa di laluan pejalan kaki kawasan parkir kenderaan. Gambar kecil: Raiz Mukhliz
A
A
A

MUAR - Seorang penghuni sebuah pusat jagaan warga emas ditemui meninggal dunia di depan sebuah premis di Jalan Meriam di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki berusia 78 tahun itu ditemui tidak bernyawa di laluan pejalan kaki kawasan parkir kenderaan depan premis tersebut.

Menurutnya, laporan polis berhubung penemuan itu diterima kita-kira jam 8.30 pagi.

“Lelaki itu merupakan penghuni sebuah pusat jagaan warga emas sejak 2004.

“Pihak pengurusan pusat jagaan itu memaklumkan, warga emas itu lazimnya berjalan kaki ke kawasan Bentayan untuk bersarapan,” katanya menerusi kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, lelaki itu bagaimanapun kerap mengadu pening kepala dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

Tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada badan dan lokasi kejadian.

"Punca kematian dipercayai komplikasi penyakit berkaitan paru-paru dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR) kerana tiada unsur jenayah ditemui hasil siasatan polis dan pemeriksaan forensik," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!