Lelaki ditemukan meninggal dunia di puncak Bukit Maras

Pasukan penyelamat mengangkat mayat Nazli (gambar kecil) yang ditemui tidak bernyawa di puncak Bukit Maras pada petang Selasa.
Pasukan penyelamat mengangkat mayat Nazli (gambar kecil) yang ditemui tidak bernyawa di puncak Bukit Maras pada petang Selasa.
A
A
A

KUALA NERUS – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di puncak Bukit Maras, di sini pada Selasa.

​Mangsa, Nazli A Hamid, 55 yang beralamat di Kampung Pokok Lalang, Jalan Bukit Wan, di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

​Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Al Fadil Mat Amin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.48 petang.

​"Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus bersama dua jentera (FRT dan kenderaan utiliti) bergegas ke lokasi kejadian sejauh 5.2 kilometer dan tiba pada jam 6.53 petang.

​"Setibanya di lokasi, terdapat seorang lelaki dewasa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di puncak bukit berkenaan.

​"Pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.

​Menurut beliau, anggota bomba bertindak meletakkan mayat mangsa di atas stretcher sebelum membawanya turun dari puncak ke kaki bukit menggunakan kenderaan utiliti.

​Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.00 malam.

​Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!