Pelakon filem dan drama, Cik Man meninggal dunia akibat serangan jantung

Pelakon filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 petang, Rabu semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.
Pelakon filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 petang, Rabu semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.
A
A
A

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 petang semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah.

Sementara itu pelawak, Amir Raja Lawak dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan Cik Man sudah meninggal dunia.

"Semoga arwah abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang - orang beriman," katanya.

Sebelum itu Amir turut memaklumkan Allahyarham Kamarool telah ditidurkan selepas saluran jantung tersumbat.

Antara lakonan yang meninggalkan kesan dalam kalangan peminat Cik Man ialah watak Zack, merupakan ketua kumpulan Gagak Hitam dalam filem Gila - Gila Remaja.

Selain itu Cik Man juga meletup menerusi filem Rock dan Rock Oo.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!