Paredes buat hal lagi

Tindakan tiada semangat kesukanan Paredes telah mencetuskan ketegangan dalam aksi Clausura antara Boca dan Newell's pada Isnin. Foto Agensi
Tindakan tiada semangat kesukanan Paredes telah mencetuskan ketegangan dalam aksi Clausura antara Boca dan Newell's pada Isnin. Foto Agensi
A
A
A

LEANDRO Paredes sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas tindakannya yang dianggap tidak mencerminkan semangat kesukanan dalam aksi Clausura antara Boca Juniors dan Newell's Old Boys yang berkesudahan seri 2-2 pada Isnin.

Pemain tengah Argentina itu dilayangkan kad kuning selepas melepaskan rembatan deras yang menyaksikan bola mengenai tepat ke arah bahagian belakang badan pemain Newell's yang bangun selepterjatuh di atas padang, sekali gus mencetuskan ketegangan dalam perlawanan tersebut.

Pengadil perlawanan segera mengambil tindakan terhadap Paredes susulan insiden berkenaan yang dianggap tidak wajar daripada pemain berpengalaman itu.

Kejadian tersebut kemudian tular di media sosial dengan ramai penyokong mengkritik tindakan pemain berusia 32 tahun itu yang dilihat gagal mengawal diri ketika berdepan situasi panas.

Kontroversi terbaru itu hadir hanya beberapa minggu selepas Paredes turut menjadi perhatian susulan kekecohan selepas final Piala Dunia antara Argentina dan Sepanyol yang menyaksikan La Albiceleste tewas 0-1.

Paredes dilaporkan terbabit dalam pertelingkahan dengan beberapa pemain Sepanyol selepas wisel penamat, manakala beberapa laporan turut mendakwa berlaku insiden tolak-menolak.

Rakaman ulang tayang semasa kekecohan tersebut turut menunjukkan Paredes melepaskan tumbukan kepada beberapa pemain Sepanyol termasuk kapten La Roja, Rodri.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!