DAP Johor sokong Anthony Loke terus pimpin parti

Nie Ching (tengah) bersama ahli jawatankuasa DAP Johor selepas mesyuarat di Kulai pada petang Ahad.
Nie Ching (tengah) bersama ahli jawatankuasa DAP Johor selepas mesyuarat di Kulai pada petang Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU – DAP Johor menegaskan sokongan penuh terhadap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk terus menerajui parti walaupun Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusinya, Teo Nie Ching berkata, kepimpinan Anthony sepanjang kempen membuktikan keberanian, kebertanggungjawaban dan kesediaan memikul amanah parti ketika berdepan cabaran paling getir.

"DAP Johor memberikan sokongan penuh kepada Anthony Loke untuk terus memimpin parti.

"Kami akan terus berdiri teguh bersama DAP Negeri Sembilan dan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat bagi memastikan parti kembali lebih kuat, lebih bersatu dan lebih diyakini rakyat menjelang PRU akan datang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebelum itu, media melaporkan Anthony mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi parti itu di Negeri Sembilan.

Keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab susulan prestasi DAP dalam PRN Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai, mendedahkan mahu meletakkan sebagai Pengerusi DAP Johor pada 11 Kulai lalu.

"Anthony Loke pujuk saya agar tidak berbuat demikian," ujarnya.

Timbalan Menteri Komunikasi itu menambah DAP Johor menghormati keputusan yang dibuat rakyat Negeri Sembilan dan menganggap kekalahan itu sebagai suara rakyat yang perlu diterima dengan penuh tanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun keputusan yang dicapai tidak memihak kepada DAP dan Pakatan Harapan, perjuangan kita tidak berakhir di sini," katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan, PH gagal mempertahankan pentadbiran negeri selepas ditewaskan gabungan BN-PN.

Keputusan itu turut menyaksikan Anthony Loke tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang disandangnya sebelum ini.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!