Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda 10 negeri. Foto hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda 10 negeri. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda 10 negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah (Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), seluruh Terengganu serta Pahang(Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, cuaca sama dijangka melanda Selangor (Hulu Selangor) dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru).

Kawasan terlibat di Sarawak pula ialah Kuching (Bau dan Kuching), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah pula, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort serta Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!