Warga emas maut tersepit bawah kepala lori

SEGAMAT - Seorang lelaki warga emas berusia 87 tahun maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Labis-Segamat, berhampiran bangunan UMNO di sini, pagi Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa ditemukan tersepit di bawah kepala lori.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Tajudin Baharudin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian sebelum enam anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi yang terletak dua kilometer dari balai.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Operasi menyelamat tamat pada jam 9.20 pagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
