'Kita jumpa di mahkamah ' - Akmal Saleh

Akmal Saleh
Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan peguamnya akan mengeluarkan surat tuntutan (LOD) minggu depan susulan dakwaan terhadapnya dalam satu ceramah DAP berbahasa Cina yang tular semula menerusi hantaran pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan undang-undang itu akan diambil selepas mendakwa penceramah berkenaan menuduhnya menerima rasuah serta melabelnya sebagai seorang ekstremis.

"Kamu tuduh aku rasuah, kamu tuduh aku ekstrem, tidak mengapa. Kita lawan di mahkamah.

"Jangan risau, minggu depan akan ada LOD daripada peguam saya. Kita jawab di mahkamah dan kita lawan di mahkamah," katanya menerusi hantaran pada Sabtu.

Sebelum ini, Akmal memuat naik rakaman video yang memaparkan petikan ceramah seorang pemimpin DAP dalam bahasa Cina yang didakwa mengaitkannya dengan tuduhan sebagai ekstremis, menerima rasuah serta menghina namanya.

Beliau turut mendakwa penceramah terbabit menyebut nama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ceramah berkenaan.

Menurutnya, penceramah itu juga didakwa menyentuh mengenai keperluan mengekalkan pemimpin Melayu yang liberal serta kebimbangan terhadap penyatuan orang Melayu.

Akmal berkata, perkara itu bercanggah dengan dakwaan bahawa kempen politik perlu dilakukan secara berhemah tanpa menghina mana-mana pihak.

"Mereka hina orang, hina nama orang dan sebarkan pelbagai fitnah.

Artikel Berkaitan:

"Mereka cakap tidak serupa bikin. Insya-ALLAH, kita jumpa di mahkamah nanti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!