X

Kindly register in order to view this article
!

PKP: Lebih 1,000 individu diambil tindakan di Perak

Unit Peronda PDRM melakukan rondaan bagi memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ketiga. -Foto Bernama
A
A

IPOH - Seramai 1,243 individu telah diambil tindakan sepanjang tempoh 28 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, sebanyak 400 kertas siasatan telah dibuka dan 254 kes yang melibatkan 516 tangkapan telah dituduh.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, statistik perbandingan kes jenayah kekerasan dan harta benda menunjukkan penurunan sebanyak 53.8 peratus.

"Dalam tempoh sama berbanding tahun lalu, penurunan mencatatkan sebanyak 200 kes iaitu penurunan 42 kes bagi jenayah kekerasan dan 158 kes bagi jenayah harta benda.

"Bagi kesalahan dadah pula sehingga semalam telah mencatatkan sebanyak 36 tangkapan bagi tindakan pembanterasan ke arah pengurangan bekalan dadah dan 216 tangkapan pula bagi pengurangan permintaan bekalan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Razarudin berkata, polis Perak akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang ingkar arahan yang ditetapkan bagi PKP fasa ketiga yang bermula hari ini.

"Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan mematuhi setiap arahan semasa yang dikeluarkan kerajaan dengan sentiasa berada di rumah.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi hotline PDRM Perak di talian 05-2401999/ 05-2451089 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!