Lagi peserta RXZ Members 8.0 maut di LPT1

Keadaan motosikal milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan awal pagi Jumaat. Foto Polis Maran.
Keadaan motosikal milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan awal pagi Jumaat. Foto Polis Maran.
A
A
A

MARAN – Kegagalan mengawal kenderaan dipercayai menjadi punca seorang lagi penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke perhimpunan RXZ Members 8.0 maut selepas terbabas di Kilometer (KM) 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa dikenali Mohd Fauzi Othman, 44, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, berdasarkan laporan mangsa dikatakan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu untuk menghadiri perhimpunan berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di lorong kanan jalan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Jumaat.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang yang gagal mengawal motosikal ditunggangnya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Kim Wai menambah setakat ini tiada saksi yang tampil membantu siasatan.

"Kita menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Inspektor Nurhafizul Abd Halim di talian 010-5752075 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!