Tak mengaku baling kayu kena lutut jiran

Tertuduh, Syahrunizam tak mengaku salah sengaja mendatangkan kecederaan kepada jirannya semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini
Tertuduh, Syahrunizam tak mengaku salah sengaja mendatangkan kecederaan kepada jirannya semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada seorang jirannya pada 23 Mac lalu.

Syahrulnizam Baharom, 41 didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nor Hisham Mohd Nor, 40, dengan membaling kayu hingga terkena lutut mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Perumahan Gong Badak 3, Kuala Nerus, pada jam 7.15 petang.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Penolong Pendaftar Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Roszita Md Saad.

Roszita menetapkan sebutan kes pada 12 Mei depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Kejadian didakwa berlaku berkaitan rasa tidak puas hati bersabit seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dikatakan sering mengintai tertuduh di rumah.

Artikel Berkaitan: