'Arwah sempat hantar dua anak lelaki ke sekolah' - Bapa mangsa nahas

Mangsa kemalangan maut selepas dirempuh Perodua Aruz di Jalan Batu 17 Hulu Langat di sini pada Rabu.
Mangsa kemalangan maut selepas dirempuh Perodua Aruz di Jalan Batu 17 Hulu Langat di sini pada Rabu.
A
A
A

KAJANG - "Waktu itu anak saya hendak hantar isterinya berniaga dan anaknya ke tadika di Nanding."

Itu perkongsian sedih bapa kepada mangsa kemalangan maut selepas dirempuh Perodua Aruz di Jalan Batu 17 Hulu Langat di sini pada Rabu.

Insiden tragis itu menyebabkan Hafifi Rahman Rahmat, 34; isterinya, Nik Aishah Asilan Nik Mohd Zamzuri, 32, dan anak mereka berusia tiga tahun, Muhammad Rafie Hanzal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tiga beranak maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu 17 Hulu Langat pada Rabu. Foto tular
Tiga beranak maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu 17 Hulu Langat pada Rabu. Foto tular

Rahmat Topani, 65, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada rakan sebelum bergegas ke lokasi bersama isteri.

"Sampai di situ (lokasi) semua mereka sudah tidak bernyawa.

"Sebelum kejadian, arwah (Hafifi) sempat menghantar dua lagi anak lelakinya Darjah Empat dan Darjah Dua ke sekolah terlebih dahulu.

"Selepas selesai, arwah menghantar pula anaknya yang berusia tiga tahun ke tadika serta isterinya untuk berniaga nasi kukus berhampiran stesen minyak di Petronas di Nanding sebelum berlaku kemalangan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang dikatakan masuk ke laluan mangsa sebelum berlanggar dalam kejadian di Jalan Batu 17 Hulu Langat pada Rabu. Foto IPD KAJANG
Sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang dikatakan masuk ke laluan mangsa sebelum berlanggar dalam kejadian di Jalan Batu 17 Hulu Langat pada Rabu. Foto IPD KAJANG

Menceritakan sebarang perubahan anaknya sebelum kejadian, Rahmat berkata, tiada apa yang pelik berlaku dan keadaannya macam biasa sahaja.

Katanya, ketiga-tiga jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawa, Hulu Langat pada Rabu.

"Kebumi semua telah selesai kira-kira jam 10 malam tadi," ujarnya.

Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu 17 Hulu Langat pada Rabu. Foto IPD KAJANG
Keadaan motosikal ditunggang mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Batu 17 Hulu Langat pada Rabu. Foto IPD KAJANG

Dalam insiden pada jam 7.56 pagi, motosikal ditunggang mangsa bersama isteri dan anaknya terlibat kemalangan dengan sebuah Perodua Aruz yang dikatakan telah memasuki laluan mangsa hingga berlaku pertembungan.

Siasatan polis mendapati pemandu kereta mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah dan ujian dijalankan mendapati lelaki tempatan berusia 42 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!