Operasi cawangan KDEBWM diiktiraf ISO 9001, 14001

Operasi di ibu pejabat KDEBWM dan kesemua 12 cawangannya menerima pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2015 dan 14001:2015 bagi pengurusan kualiti dan alam sekitar baru-baru ini.
Operasi di ibu pejabat KDEBWM dan kesemua 12 cawangannya menerima pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2015 dan 14001:2015 bagi pengurusan kualiti dan alam sekitar baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat menawarkan perkhidmatan kutipan sampah domestik di Selangor, KDEB Waste Management (KDEBWM) dan kesemua 12 cawangannya peroleh pensijilan International Organisation for Standardisation (ISO) dengan versi piawaian terkini 9001:2015 dan 14001:2015 bagi pengurusan kualiti dan alam sekitar.

Ketua Perhubungan Awam dan Media KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, pensijilan ISO 9001 yang merujuk kepada pengurusan kualiti adalah pengiktirafan bertaraf antarabangsa terhadap pematuhan proses dan cara kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta meningkatkan kepuasan pelanggan manakala sijil ISO 14001 menumpukan kepada piawaian alam sekitar.

“Tekad dan iltizam KDEBWM di dalam pengurusan sisa pepejal di Selangor sejak beroperasi pada tahun 2016 diperakui secara rasmi melalui pensijilan ini.

“Komitmen dan usaha Jabatan Kualiti dan Pematuhan KDEBWM menjadi faktor pengiktirafan ini berjaya diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pensijilan 9001:2015 dan 14001:2015 yang diterima oleh KDEBWM.
Pensijilan 9001:2015 dan 14001:2015 yang diterima oleh KDEBWM.

Mahfuzah berkata, bagi memperoleh pensijilan itu, pihaknya melalui proses pengauditan teliti oleh AJA EQS Certification bagi kedua-dua piawaian.

Katanya, pensijilan itu diberikan kepada Ibu Pejabat KDEBWM serta 12 cawangan iaitu Klang, Ampang, Selayang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Langat, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang, Kajang dan Shah Alam dengan diperakui pensijilan bagi skop kutipan sampah domestik.

Artikel Berkaitan: