Pelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatan

KUALA LUMPUR – Suasana di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tenang apabila 113 pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak ditempatkan di kawasan berbumbung sementara menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.
Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati mereka duduk secara berkumpulan di atas lantai dengan barangan peribadi masing-masing termasuk beg pakaian.
Sebahagian wanita dilihat bersama anak, manakala golongan lelaki ditempatkan secara berasingan bagi memastikan keadaan lebih teratur dan terkawal.
Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir menjalankan saringan kesihatan bagi memastikan keadaan kesihatan pelarian berada dalam keadaan baik.
Tinjauan turut mendapati pihak berkuasa membekalkan botol air mineral dan susu kepada golongan terbabit.
Beberapa wanita menangis dan meraung apabila menyedari kehadiran pengamal media.
ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCR
Ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - Polis
Rohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?
Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - Polis
Pelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KL
Terdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.
Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.
Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.
Fadil berkata, hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga rohingya di perkarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
