Gempa bumi magnitud 7.1 gegar Barat Daya Jepun, nasihat tsunami dikeluarkan

Gempa bumi dengan magnitud awal 7.1 menggegar barat daya Jepun pada Selasa. Foto hiasan
Gempa bumi dengan magnitud awal 7.1 menggegar barat daya Jepun pada Selasa. Foto hiasan
A
A
A

TOKYO - Gempa bumi dengan magnitud awal 7.1 menggegar barat daya Jepun pada Selasa, dengan nasihat tsunami dikeluarkan bagi Laut Ariake dan Yatsushiro, menurut agensi cuaca, lapor Kyodo News.

Pusat gempa bumi pada jam 4:27 petang itu dikesan di Wilayah Kumamoto pada kedalaman kira-kira 10 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun. - Bernama

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!