LG perkenal siri TV premium 2026, tampil semula TV 'wallpaper'

Kemunculan semula TV wallpaper ikonik, LG OLED evo W6.
Kemunculan semula TV wallpaper ikonik, LG OLED evo W6.
A
A
A

LG Electronics Malaysia (LG) memperkenalkan siri TV premium 2026 yang menampilkan kemunculan semula TV wallpaper ikonik, LG OLED evo W6.

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, siri itu merangkumi model OLED evo, Micro RGB, Mini RGB dan QNED evo Mini LED yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menawarkan pengalaman hiburan lebih pintar dan diperibadikan.

Menurutnya, LG OLED evo W6 merupakan TV OLED True Wireless paling nipis di dunia dengan ketebalan hanya 9.95 milimeter serta dipasang rata pada dinding bagi memberikan penampilan lebih kemas dan moden.

"Model ini menggunakan Zero Connect Box yang membolehkan penghantaran video dan audio secara tanpa wayar sehingga jarak 10 meter tanpa menjejaskan prestasi.

"Ia juga merupakan TV True Wireless pertama di dunia yang menyokong penghantaran video dan audio 4K 165Hz secara hampir tanpa kehilangan kualiti visual, sekali gus memberikan pengalaman tontonan dan permainan yang lebih lancar.

"Ia juga mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju teknologi OLED untuk tahun ke-13 berturut-turut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Justin berkata, barisan OLED evo 2026 turut menawarkan peningkatan sehingga 3.9 kali ganda tahap kecerahan, reproduksi warna yang lebih tepat, warna hitam lebih mendalam dan pantulan cahaya yang lebih rendah menerusi Hyper Radiant Colour Technology.

Katanya, model OLED evo G6 pula dilengkapi pemproses α11 AI Processor Gen3 bersama Dual AI Engine, selain memperoleh pensijilan Reflection Free Premium daripada Intertek dan pengiktirafan Eyesafe.

"Dalam pada itu, LG turut memperkenalkan Micro RGB evo (MRGB96), pemenang Anugerah Inovasi CES 2026, direka untuk pengguna yang memerlukan ketepatan warna tinggi termasuk golongan profesional kreatif dan pemain permainan video.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, model Mini RGB (MRGB86) menawarkan teknologi Precision Dimming serta liputan warna yang lebih luas bagi meningkatkan pengalaman menonton filem, sukan dan permainan.

"Dari aspek perisian, keseluruhan barisan TV 2026 menggunakan platform webOS yang dipertingkatkan dengan pelbagai ciri AI seperti Voice ID untuk cadangan kandungan diperibadikan, Google Gemini, AI Concierge dan AI Magic Remote," ulasnya.

Beliau berkata, bagi peminat sukan, ciri LG Sports Playbook menyediakan skor secara langsung, jadual perlawanan, kedudukan liga serta analisis prestasi pasukan dan pemain terus di skrin.

"LG komited membangunkan teknologi yang bukan sahaja menawarkan kualiti paparan terbaik, malah memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, pintar dan selari dengan gaya hidup pengguna masa kini.

"Barisan TV baharu ini mencerminkan komitmen LG dalam menyediakan penyelesaian hiburan yang lebih peribadi, lancar dan memenuhi keperluan pengguna di Malaysia,"ulasnya.

Barisan penuh TV LG 2026 kini ditawarkan di semua pengedar sah dan kedai jenama dalam talian LG.

Sempena Promosi Merdeka LG Malaysia yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 1 November 2026, pelanggan berpeluang menikmati kredit Touch 'n Go eWallet sehingga RM4,000 dengan pembelian model terpilih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!