Minum air soda dalam mangkuk tandas dapat RM5,000

Rakaman video memaparkan peserta berlumba-lumba menghabiskan minuman berkarbonat yang diisi ke dalam mangkuk tandas. Foto tular.
Rakaman video memaparkan peserta berlumba-lumba menghabiskan minuman berkarbonat yang diisi ke dalam mangkuk tandas. Foto tular.
A
A
A

MOSCOW – Sebuah pusat beli-belah di Rusia mengundang kecaman selepas menganjurkan pertandingan minum air berkarbonat (soda) paling pantas daripada mangkuk tandas dengan menawarkan hadiah wang tunai AS$1,200 (RM4,909) kepada pemenang.

Menurut portal berita Inkorr, pertandingan dikenali sebagai Game of Thrones itu berlangsung di bandar Stavropol, baru-baru ini.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @wildemation.news memaparkan peserta berlumba-lumba menghabiskan minuman berkarbonat yang diisi ke dalam mangkuk tandas.

Wartawan tempatan, Alexander Nevzorov berkata, rakaman tersebut menggambarkan ada segelintir individu sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan ganjaran wang tunai.

Video berkenaan telah meraih lebih 3,100 tontonan di Instagram selain mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. – Agensi. 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!