Apakah hukum buat tahlil selepas kematian?

TIDAK dihukumkan wajib untuk melakukan tahlil selepas kematian, ia hanya harus. Foto Canva
TIDAK dihukumkan wajib untuk melakukan tahlil selepas kematian, ia hanya harus. Foto Canva
A
A
A

Soalan

Mengapa ada orang menyatakan tahlil itu tidak wajib dibuat selepas berlakunya kematian? Bolehkah beri pencerahan mengenai perkara ini?

Jawapan

Apabila berlaku kelahiran seseorang, ada hukum bersamanya iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram, sama juga dengan berlakunya kematian.

Apabila berlaku kematian, ada empat perkara yang wajib iaitu mandi, kafan, solat dan tanam jenazah. Adapun melakukan tahlil, ia dihukumkan sebagai tidak wajib oleh para ulama.

Sama seperti bersedekah kepada masjid dan pahalanya dihadiahkan kepada si mati, maka ia dihukumkan sebagai harus.

Selepas berlaku kematian, lakukanlah perkara-perkara yang boleh membantu jenazah seperti berdoa, membaca al-Quran, bersedekah, memberi makan, mewakafkan harta dan sebagainya, semua itu diniatkan kepada si mati. 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!