Berdosakah jika tidak halalkan orang tidak bayar hutang?

Soalan
Kawan saya berhutang dengan jumlah yang besar, namun sehingga kini masih belum membayarnya. Apakah saya dikira berdosa jika tidak menghalalkan hutang itu?
Jawapan
Hutang merupakan harta atau wang yang dipinjam daripada orang lain dan seseorang yang berhutang wajib membayarnya apabila sudah tiba tempoh yang ditentukan.
Merujuk kepada soalan, seseorang yang memberikan hartanya kepada orang yang berhutang disunatkan untuk menghalalkan hutang tersebut, namun ia bukanlah kewajipan.
Menghalalkan hutang seseorang dihukumkan sebagai sunat dan jika dia tidak menghalalkan hutang seseorang itu, maka ia tidak dikira berdosa.
Cuma kalau hutang tersebut tidak dibayar, ia dianggap masih belum selesai dan orang yang berhutang itu akan dipanggil di akhirat untuk diselesaikan.
Jika orang yang memberi hutang sudah menghalalkannya, maka ia dikira selesai. Sebaliknya jika ia belum dilunaskan, orang yang berhutang terpaksa membayarnya dengan pahalanya yang dia ada kepada orang yang memberi hutang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

