12 pegawai, anggota polis ditahan kes peras ugut warga asing RM2 juta

KUALA LUMPUR - Seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat ditahan untuk siasatan kes peras ugut seorang lelaki warga asing sebanyak RM2 juta.
Menurut sumber, lelaki warga asing itu dikatakan hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (kira-kira RM560,000).
"Dia kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Susulan itu difahamkan seramai 12 orang pegawai dan anggota polis ditahan antaranya berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP) dan lain-lain pangkat," katanya.
Tambah sumber, polis turut menemui semula sebahagian daripada wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
