Tiga pelajar sekolah menengah terlibat buli ditahan polis

Laporan Sinar Harian mengenai kes pelajar dibelasah oleh tiga pelajar lain.
Laporan Sinar Harian mengenai kes pelajar dibelasah oleh tiga pelajar lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah dekat sini kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian jam 12.31 tengah hari semalam, mangsa telah dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek.

"Motif kejadian dipercayai kerana mengganggu teman wanita seorang daripada suspek, kejadian kemudian dirakam oleh seorang pelajar lelaki dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul Anuar berkata, ketiga-tiga remaja itu telah ditahan petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/507B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video berdurasi 3 minit 29 saat memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul pelajar lain tular di media sosial, sambil dirakam oleh individu lain.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!