Positif Covid-19, sambut ulang tahun perkahwinan di hospital

Sandra dan suami meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan ke-50 bersama petugas perubatan. -Foto Daily Mail
Sandra dan suami meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan ke-50 bersama petugas perubatan. -Foto Daily Mail
A
A
A

FERMO - Pasangan warga emas Itali yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-50 di Hospital Murri.

Sandra, 71, dan suaminya, Giancarlo, 73, yang dirawat di hospital itu saling berpegangan tangan biarpun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan, lapor Daily Mail.

Seorang jururawat, Roberta Ferretti berkata, dia mengetahui pasangan itu akan meraikan ulang tahun perkahwinan.

Katanya, atas keprihatinan petugas perubatan, majlis itu disambut di hospital.

Ferretti berkata, Sandra menangis kerana bimbang keadaan suaminya.

"Dia memberitahu saya betapa dia masih menyayanginya, selepas bertahun-tahun. Ketika saya mengetahui bahawa hari ini adalah ulang tahun mereka, saya fikir mereka harus meraikannya.

"Majlis ringkas diadakan selama 10 minit agar mereka gembira dan terus semangat untuk hidup.

"Petugas perubatan yang memakai alat perlindungan khas berada di tepi pasangan itu sambil membuat bentuk 'love' menggunakan tangan mereka," katanya kepada media tempatan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mereka juga meletakkan 50 lilin pada kek sekadar simbolik sahaja.

"Kami gembira kerana dapat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka.

"Ia adalah detik yang luar biasa, kenangan manis, setiap masa amat berharga untuk bersama orang tersayang. Anda boleh merasakan cinta mereka," katanya.