Terkejut lihat jenazah dikebumikan 41 tahun masih sempurna

Tular video memaparkan penduduk di Bandung Barat, Jawa Barat membawa jenazah yang telah dikebumikan lebih empat dekad lalu ke tanah perkuburan baharu dengan menaiki motosikal.
Tular video memaparkan penduduk di Bandung Barat, Jawa Barat membawa jenazah yang telah dikebumikan lebih empat dekad lalu ke tanah perkuburan baharu dengan menaiki motosikal.
A
A
A

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan penduduk di Bandung Barat, Jawa Barat membawa jenazah yang telah dikebumikan lebih empat dekad lalu ke tanah perkuburan baharu dengan menaiki motosikal.

Menurut laporan portal Detik, jenazah yang dikebumikan pada 1985 itu digali semula untuk dipindahkan dari Desa Cililin ke Desa Batulayang baru-baru ini.

Penghulu Desa Batulayang, Imam Mujahidin berkata, proses pemindahan dilakukan atas permintaan ahli keluarga bagi membolehkan jenazah disemadikan bersama anggota keluarga lain yang baru meninggal dunia.

Katanya, anak-anak mendiang kini menetap di Desa Batulayang dan mereka bersetuju memindahkan pusara itu ke tanah perkuburan yang lebih hampir dengan tempat tinggal bagi memudahkan urusan menziarahi kubur.

"Ketika proses penggalian semula dijalankan, semua yang hadir terkejut apabila mendapati jasad berkenaan masih berada dalam keadaan sempurna meskipun telah dikebumikan lebih 40 tahun," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jenazah dibawa ke lokasi pengebumian baharu dengan menggunakan motosikal kerana jarak antara kedua-dua tanah perkuburan itu tidak jauh. – AGENSI

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!