Buang bayi dalam semak: Remaja lelaki direman empat hari

Seorang remaja lelaki direman bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, pada Selasa.
Seorang remaja lelaki direman bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, pada Selasa.
A
A
A

TAWAU - Seorang remaja lelaki ditahan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang dipercayai ditinggalkan di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa, pada Selasa.

Perintah reman sehingga 26 Julai terhadap suspek berusia 17 tahun itu dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum di Mahkamah Majistret di sini, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan, termasuk mengambil sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman dikemukakan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Robiatul Adawiyah Japri.

Berdasarkan fakta kes, bayi yang dipercayai baharu dilahirkan itu ditemui orang awam kira-kira jam 6 pagi di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Kampung Jawa.

Pasukan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi sebelum membawa bayi berkenaan ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan lanjut.

Susulan kejadian itu, polis menahan sepasang remaja di Kampung Jawa, berhampiran lokasi bayi berkenaan ditemui, kira-kira jam 10.40 malam pada hari yang sama.

Remaja perempuan berusia 15 tahun itu kini masih menerima rawatan di Hospital Tawau.

Sementara itu, suspek lelaki turut direman selama 14 hari di bawah tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!