Lelaki Rohingya direman kes rogol remaja 19 tahun

Seorang lelaki etnik Rohingya direman enam hari selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Kampung Kuar, Tawang, Bachok pada bulan lalu. Foto:AI
Seorang lelaki etnik Rohingya direman enam hari selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Kampung Kuar, Tawang, Bachok pada bulan lalu. Foto:AI
A
A
A

BACHOK - Seorang lelaki etnik Rohingya direman enam hari selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 19 tahun di Kampung Kuar, Tawang di sini pada bulan lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh mahkamah majistret di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suspek ditahan kira-kira jam 9 malam pada Selasa.

"Suspek direman selama enam hari bermula pada Rabu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!