Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tujuh negeri - MetMalaysia

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri dan Labuan hingga 5 petang ini. Gambar hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri dan Labuan hingga 5 petang ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri dan Labuan hingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah membabitkan daerah Baling serta Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. 

Cuaca sama turut dijangka melanda Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan).

Di Selangor, kawasan terjejas ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak manakala Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. 

Sementara itu, di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!