Gerak kerja PH di Negeri Sembilan semakin tersusun - Mahfuz

Mahfuz (tujuh dari kanan) bersama calon PH DUN Serting, Yaacob Mahmood (enam dari kanan) ketika hadir bertemu jentera parti di BGU Bandar Seri Jempol pada Selasa.
Mahfuz (tujuh dari kanan) bersama calon PH DUN Serting, Yaacob Mahmood (enam dari kanan) ketika hadir bertemu jentera parti di BGU Bandar Seri Jempol pada Selasa.
A
A
A

JEMPOL – Gerak kerja Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan berada pada landasan yang baik sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat ini, disokong kesiapsiagaan jentera di peringkat akar umbi.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan pemerhatiannya, jentera tempatan menunjukkan komitmen tinggi dalam menggerakkan kempen, selain berjaya memperkukuh organisasi di beberapa kawasan.

"Nampak pergerakan di Negeri Sembilan ini lebih baik daripada di Johor dari segi gerak kerja dan dukungan petugas-petugas tempatan, juga gerak kerja PH saya nampak lebih tersusun.

"Mereka lebih bersedia, sebab pilihan raya di Johor itu lebih dahulu dan mereka bersedia untuk menampung apa-apa kelemahan yang wujud di Negeri Johor itu untuk dilakukan, diperbaikkannya di Negeri Sembilan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bilik Gerakan Utama (BGU) di Bandar Seri Jempol pada Selasa.

Mahfuz berkata, sambutan masyarakat terhadap kempen PH setakat ini juga dilihat menggalakkan.

Menurutnya, di Lenggeng misalnya, bilangan pusat daerah mengundi (PDM) berjaya diperkukuh menerusi penubuhan sub-PDM bagi melancarkan gerak kerja kempen.

"Di Lenggeng ada sembilan PDM mengikut kawasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi kali ini berjaya diwujudkan sehingga 14 sub-PDM.

"Ini menunjukkan semangat pendukung dan penyokong PH di kawasan itu sangat tinggi. Malah, di beberapa kawasan perumahan turut diwujudkan pusat operasi kecil bagi menggerakkan aktiviti mereka," katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, masyarakat Negeri Sembilan mempunyai budaya muafakat yang kuat, sekali gus menjadi antara pertimbangan pengundi dalam menilai perkembangan politik semasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!