Kempen undi PH kerana sehaluan kerajaan pusat tidak relevan - Annuar

Annuar
Annuar
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa berpandangan kempen menggesa pengundi memilih Pakatan Harapan (PH) atas alasan kerajaan negeri perlu sehaluan dengan kerajaan Persekutuan tidak mempunyai asas yang kukuh.

Beliau berkata, naratif tersebut dilihat tidak lagi relevan berikutan Barisan Nasional (BN) merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan kini.

"Kempen undi PH kerana perlu sehaluan kerajaan pusat tidak relevan. BN juga kerajaan di pusat.

"Kerajaan pusat juga bakal bertukar," katanya ringkas menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Annuar bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut dakwaannya bahawa kerajaan pusat bakal bertukar.

Terdahulu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud pertemuan antara pimpinannya dengan PN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seperti mana tular di media sosial.

Penafian itu hadir di tengah-tengah usaha mengakrabkan hubungan BN dan Pas, termasuk melalui kerjasama pilihan raya.

Menurut Presiden UMNO itu, beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu sebaliknya menegaskan pendirian partinya kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!