Bantu segera pelajar miskin, jangan tunggu aduan diterima Pengerusi MARA baru bertindak - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan tertinggi di semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) digesa supaya segera membantu pelajar yang tidak berkemampuan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bantuan sewajarnya perlu diberi tanpa menunggu arahan daripada beliau.

“Saya sudah minta semua pengurusan tertinggi Institusi pendidikan MARA, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), German Malaysia Institute (GMI) dan lain-lain bantu pelajar-pelajar miskin serta susah.

“Tidak perlu tunggu mereka mengadu kepada Pengerusi MARA untuk bertindak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pada Selasa.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO dikenali begitu aktif berinteraksi termasuk menerima aduan daripada rakyat melalui platform media sosialnya.

Antara perkara yang kerap dibangkitkan pengikut beliau di media sosial ialah melibatkan kes buli dan pengurusan di institusi pendidikan di bawah naungannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!