Topeng muka, sarung tangan sampah baharu di Sungai Klang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Topeng muka, sarung tangan pakai buang dan botol pembasmi kuman antara sampah yang dilihat semakin meningkat di Sungai Klang sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nor berkata, masyarakat perlu mengamalkan kaedah pelupusan yang betul dengan membuang semua sampah itu ke dalam tong sampah mengikut proses pelupusan sebaiknya.

"Sampah ini boleh tercampak ke dalam longkang yang akhirnya mengalir ke dalam sungai lalu menyumbang kepada pencemaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Syaiful berkata, pihaknya turut menggalakkan rakyat di negara ini menguji bakat artistik masing-masing menerusi pertandingan komik ‘SMG Water You Doing?’

Menurut beliau, peraduan itu membolehkan orang ramai menggunakan masa lapang mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berfikir mengenai masa depan sungai di Malaysia.

"Peraduan ‘SMG Water You Doing?’ diharapkan dapat mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga sungai di samping mementingkan keselamatan diri," katanya.

Artikel Berkaitan: