Hubungan TNB-media perkukuh penyampaian maklumat sahih kepada rakyat

Pihak pengurusan TNB bersama pihak pengurusan media yang bertanding bergambar bersama pila yang menjadi rebutan
Pihak pengurusan TNB bersama pihak pengurusan media yang bertanding bergambar bersama pila yang menjadi rebutan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengamal media merupakan rakan strategik penting kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan sahih dapat disalurkan kepada rakyat.

Perkara itu ditegaskan Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Kamal Ariffin A. Rahman, yang kini menjalankan tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB.

Beliau berkata, peranan media amat penting dalam menyokong agenda pembangunan negara selain mempromosikan pelbagai inisiatif syarikat kepada masyarakat.

Menurutnya, penganjuran program sukan bersama media bukan sekadar platform pertandingan, sebaliknya menjadi medium berkesan untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan kerjasama strategik serta menghargai sokongan berterusan pengamal media terhadap TNB.

"Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja bersaing secara sihat di atas padang, malah membina hubungan yang lebih erat dan saling memahami di luar suasana kerja. Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak TNB-Media sempena Piala Dunia FIFA 2026 di Padang Kilat, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar, di sini pada Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Samsul Ariffin Zainuddin bersama barisan pengurusan tertinggi TNB.

Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan ini antaranya membabitkan TV3, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Bernama TV, Astro Awani, Astro Arena dan RTM
Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan ini antaranya membabitkan TV3, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Bernama TV, Astro Awani, Astro Arena dan RTM

Artikel Berkaitan:

Penganjuran semula kejohanan itu mencerminkan komitmen TNB untuk terus memperkukuhkan hubungan strategik dengan rakan-rakan media menerusi platform yang lebih santai, sihat dan interaktif, selepas kali terakhir diadakan pada 2019 menerusi kejohanan futsal sempena Hari Belia Negara.

Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan itu membabitkan TV3, NSTP, Sinar Harian, Bernama, Bernama TV, Astro Awani, Astro Arena, RTM, Malaysia Gazette, Utusan Malaysia, Kosmo serta TNB selaku tuan rumah.

Kejohanan menyaksikan TV3 muncul juara, diikuti NSTP sebagai naib juara, manakala Astro Awani dan TNB masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat. Pasukan lain menerima hadiah saguhati.

Bagi anugerah individu, Muhammad Faiz S. Yahya (NSTP) dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak, manakala Mohd Rashdan Adnan (Astro Awani) menerima anugerah Penjaga Gol Terbaik.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!