Lombong bitcoin guna elektrik curi tumpas, 62 mesin dirampas

Dua premis dipercayai dijadikan lokasi kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram dengan menggunakan sambungan bekalan elektrik secara haram tanpa meter sah daripada TNB. Foto IPD Perak Tengah

A
A
A

PARIT - Kegiatan mencuri bekalan elektrik untuk menjalankan perlombongan bitcoin tumpas dalam serbuan di dua premis di Persiaran SIBC, Bandar Seri Iskandar pada Khamis.

Serbuan kira-kira jam 1.40 tengah hari itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah hasil risikan dan maklumat bersama pasukan SEAL Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Utara.

Anggaran kerugian penggunaan elektrik bagi operasi tersebut dianggarkan mencecah RM60,000. Foto IPD Perak Tengah
Anggaran kerugian penggunaan elektrik bagi operasi tersebut dianggarkan mencecah RM60,000. Foto IPD Perak Tengah

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, dua premis terbabit dipercayai dijadikan lokasi kegiatan perlombongan mata wang kripto secara haram dengan menggunakan sambungan bekalan elektrik secara haram tanpa meter sah daripada TNB.

“Dalam operasi tersebut, polis berjaya merampas 62 mesin perlombongan bitcoin jenama Avalon Miner.

“Turut dirampas dua unit internet router jenama Huawei TD LTE, empat unit desktop switch serta dua gulung kabel elektrik,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan telah dibawa ke stor barang kes IPD Perak Tengah bagi tujuan siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Polis berjaya merampas 62 mesin perlombongan bitcoin, dua unit internet router jenama Huawei TD LTE, empat unit desktop switch serta dua gulung kabel elektrik. Foto IPD Perak Tengah
Polis berjaya merampas 62 mesin perlombongan bitcoin, dua unit internet router jenama Huawei TD LTE, empat unit desktop switch serta dua gulung kabel elektrik. Foto IPD Perak Tengah

Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan suspek serta mengenal pasti pemilik premis sedang giat dijalankan.

"Anggaran kerugian penggunaan elektrik bagi operasi tersebut dianggarkan mencecah RM60,000 berdasarkan penilaian pihak TNB.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Dalam pada itu, Hafezul Helmi berkata, pihaknya memandang serius sebarang aktiviti perlombongan mata wang kripto yang melibatkan kecurian bekalan elektrik.

“Perbuatan ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada TNB, malah berisiko mengundang kebakaran serta membahayakan keselamatan orang awam,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perlombongan bitcoin secara haram atau kecurian bekalan elektrik diminta tampil membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Perak Tengah di talian 05-3712222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!