'Saya tarik balik gelaran UMDAP di Johor, Negeri Sembilan, Melaka' - Shahidan Kassim

Shahidan menarik balik penggunaan istilah 'UMDAP' susulan perkembangan hubungan politik melibatkan UMNO dan DAP di beberapa negeri.
Shahidan menarik balik penggunaan istilah 'UMDAP' susulan perkembangan hubungan politik melibatkan UMNO dan DAP di beberapa negeri.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik balik penggunaan istilah 'UMDAP' susulan perkembangan hubungan politik melibatkan UMNO dan DAP di beberapa negeri.

Beliau berkata, perkara itu merujuk kepada perubahan landskap kerjasama antara kedua-dua parti berkenaan di Johor, Negeri Sembilan dan terbaharu Melaka.

"Johor menarik kerjasama dengan DAP. Negeri Sembilan tidak kerjasama dengan DAP dan di Melaka, DAP menarik sokongan.

"Maka saya menarik balik perkataan UMDAP," katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, istilah 'UMDAP' sering digunakan bagi merujuk kepada kerjasama politik antara UMNO dan DAP selepas pembentukan kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!