Lelaki kantoi bawa rokok seludup

Pemeriksaan lanjut dijalankan anggota yang dalam penugasan pematuhan PKP menemui 71 karton rokok seludup pelbagai jenis.
Pemeriksaan lanjut dijalankan anggota yang dalam penugasan pematuhan PKP menemui 71 karton rokok seludup pelbagai jenis.
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membawa 71 karton rokok seludup dalam satu sekatan jalan raya Ops Covid-19 di susur masuk Tol Alor Pongsu di sini.

Suspek berusia 30-an menaiki sebuah kereta jenis Nissan itu ditahan sekitar jam 4.30 petang oleh anggota polis yang dalam penugasan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan itu gagal memberikan alasan munasabah keluar dari kawasan kediaman sebelum pemeriksaan lanjut dibuat.

Suspek ditahan bersama 71 karton rokok seludup pelbagai jenis dalam satu sekatan jalan raya di Alor Pongsu, semalam.
Suspek ditahan bersama 71 karton rokok seludup pelbagai jenis dalam satu sekatan jalan raya di Alor Pongsu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pemeriksaan di bahagian but kereta kemudiannya menemui empat kotak yang mengandungi 71 karton rokok pelbagai jenis.

"Kesemua rokok ini dianggarkan bernilai RM4,500, siasatan lanjut akan dibuat termasuk dari mana bekalan diperoleh," katanya.

Menurutnya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek pagi ini.

Empat kotak mengandungi 71 karton rokok seludup pelbagai jenis yang disembunyikan di bahagian but kereta.
Empat kotak mengandungi 71 karton rokok seludup pelbagai jenis yang disembunyikan di bahagian but kereta.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 dan Kesalahan di bawah Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020," katanya.