Ibu muda didakwa bunuh bayi baru lahir

Siti Nur Wahida (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan membunuh bayinya yang baru lahir. Foto Sinar Harian
Siti Nur Wahida (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan membunuh bayinya yang baru lahir. Foto Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang ibu yang mencecah usia 23 tahun dua hari lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas satu pertuduhan membunuh bayinya yang baru lahir, minggu lalu.

Jurujual pasar raya, Siti Nur Wahida Zainudin mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita berkenaan didakwa membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah unit pangsapuri di Persiaran Mulia, Subang Jaya di sini antara jam 5 pagi hingga 5.30 petang pada 7 Julai lalu.

Siti Nur Wahida berbaju-T warna biru gelap dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan membunuh bayinya yang baru lahir. Foto Sinar Harian
Siti Nur Wahida berbaju-T warna biru gelap dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis bagi menghadapi pertuduhan membunuh bayinya yang baru lahir. Foto Sinar Harian

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman gantung, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Akhilah Rosmi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!