X

Kindly register in order to view this article
!

Polis bantu anak itik sesat

Paparan Twitter ABC mencuit hati netizen.
A
A

HOUSTON - Seorang anggota polis di Texas membantu sekumpulan anak itik yang sesat di Houston Memorial Park setelah berpisah dari ibunya menarik perhatian netizen.

Menerusi video dimuat naik di Twitter ABC, anggota polis, Larry Satterwhite dilihat berjalan ke kolam berhampiran sambil diikuti sekumpulan anak itik dari belakang.

Gelagat anak itik yang mengikuti Satterwhite itu mencuit hati netizen.

Larry memakai topeng muka itu dikatakan membuat rondaan di kawasan tersebut sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan orang ramai mengambil peluang melakukan aktiviti riadah di sini.

Jabatan polis juga mengingatkan orang ramai bahawa tapak tersebut ditutup kerana wabak koronavirus (Covid-19), namun pegawai polis tetap menjaga lokasi itu sehingga keadaan semakin pulih seperti sedia kala.

Dalam pada itu, video berdurasi 30 saat itu ditonton lebih 28,500 tontonan sejak dimuat naik 3.45 petang tadi.

Orang ramai juga mengucapkan terima kasih diatas keperihatinan Larry kerana membantu anak itik yang sesat tatkala kawasan itu lengang.

"Terima kasih kerana tolong. Jika tidak, mungkin anak itik itu akan mati," kata @harith manakala @syreen berharap polis akan terus memantau dan membantu haiwan yang terbiar ketika PKP dilaksanakan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!